Tuesday, 28 April 2009

Kenali Virus & Jenisnya..









Virus komputer adalah sebuah aturcara yang mempunyai keupayaan yang canggih dalam penjangkitan dan merosakkan failVirus menjangkiti fail-fail yang berfungsi seperti .EXE dan .COM dan .INI .. Fail-fail .EXE dan .COM menjadi kegemaran kerana segala kegiatan sesebuah perisian(software) berkisar di dalam fail-fail ini..

Pernahkah komputer anda berhenti berfungsi setelah anda menyalin sebuah fail ke dalam cakera keras anda? Pernahkah komputer anda berbunyi dan tergantung (terhenti) dan anda tidak dapat menjalankan "boot" semula dengan menekan kekunci Ctrl-Alt-Del? Pernahkah cakera keras anda kehilangan data dan semua isi cakera keras itu hilang atau terpadam? Ini hanyalah satu ciri kerosakan yang dilakukan oleh virus komputer.

Kerosakan yang dilakukan oleh virus tiada hadnya kerana ia mampu melakukan apa sahaja kepada komputer. Virus mampu :
> merosakkan cakera keras dengan merosakkan rekod boot utama.
> merosakkan perkakasan seperti monitor, papan kekunci dan tetikus dengan mengganggu ROM.
> memadamkan fail dari cakera keras.
> merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras.
> mengubah aturcara dengan memberikan laluan kepada penceroboh.

Terdapat pelbagai jenis virus komputer antaranya worm, malware, spyware, adware, trojan horse(brontok) & sebagainya..

No comments:

Post a Comment